Pilih Nama Anak Ada Makna Yang Baik Biar Ia Jadi Doa

Bila anak lahir kenapa penting pilih nama anak ada makna yang baik? Yang pasti nama anak akan jadi satu doa kepada dirinya.

Tapi trend ibu bapa millenial sekarang suka bagi nama anak panjang-panjang. Tak pun dorang gabung nama suami dan isteri jadi nama anak.

Hati-hati sebab kadangkala sedap didengar nama gabungan tu tapi takde makna. Lagi haru kalau maknanya sangat tak elok.

Bukan cakap kosong tapi ada hadis Nabi s.a.w yang menggariskan panduan untuk umat Islam memilih nama untuk anak.

Pilih Nama Anak Ada Makna Yang Baik

Dalam hukum Islam, sunat menamakan nama anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abdu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ar-Darda’ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah SAW telah bersabda:

إنَّكم تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَحَسِّنُوا أَسْمَاءَكُمْ
(رواه أبو داود وأحمد)

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad?

 

Kisah Masa Jadi Wartawan Pa&Ma

Dulu masa aku jadi wartawan Pa&Ma dan handle peraduan bayi. Aku impress baca nama-nama baby yang join contest tu. Unik dan menarik nama mereka.

Kebanyakan mempunyai lebih daripada satu nama. Kalau seorang anak ada empat nama, agaknya yang mana satu akan dipanggil ye?

Biasanya dah bagi nama panjang-panjang last-last panggil anak nama manja yang tiada kaitan langsung dengan nama sebenar.

Kesian Anak Bila Nama Pelik

Dulu ada seorang ibu nak join contest Pa&Ma mendaftarkan nama anaknya yang sangat pelik.
 
Payah nak sebutnya. Tak silap saya ejaannya lebih kurang macam ni Nwenmexwnhek. Apa tu? Tak tahulah nama betul atau nama manja. Tapi nak sebut macam mana.
 
Sampai hati mak dia bagi nama anak macam tu. Walaupun mungkin suaminya bangsa asing tak semestinya dia letak nama macam tu untuk anaknya.
 
Dulu masa aku handle kolum Nama-nama pilihan dalam majalah Pa&Ma, aku usaha cari sumber nama yang baik untuk panduan pembaca.
 
 
Rasa kembang hati bila ada pembaca hantar e-mel bagitau nama anaknya dipilih daripada senarai nama-nama pilihan tu.

Cabaran Anak Tulis Nama Sendiri

Paling tak tahan bila anak dah masuk sekolah dan terpaksa hafal ejaan nama sendiri yang panjang. Tambah kesian bila hendak tulis nama sendiri kat buku sekolah.
 
Yang pasti mesti mak bapak yang akan tulis nama kat buku sekolah. Tentu ramai harap alangkah baiknya kalau nama anak mereka pendek
 
Tapi nasib ada teknologi pengecop nama yang boleh ditempah. Senang sikit kerja tapi bukan itu persoalannya.
 
Islam mengajar ibu bapa memilih nama yang baik untuk anak-anak kerana ia menjadi identiti mereka sepanjang hayat. Bahkan nama tu akan dipanggil sampai hari akhirat.

Panduan memberi nama anak ada makna baik

Semoga panduan berikut dapat membantu ibu-ibu hamil membuat pilihan nama bayi yang bakal lahir.

1.    Nama lelaki dan perempuan
Biarpun ujian imbasan berupaya mengesan jantina bayi dalam kandungan, namun kesahihannya bukan 100%. Ada baiknya anda menyediakan dua nama untuk jantina berlainan.
 
2.    Maksud yang baik
Kata orang, nama yang  baik mencerminkan peribadi pemilik nama tersebut. Jadi, pilihlah nama-nama yang membawa maksud yang baik. Rujuk daripada koleksi buku nama-nama pilihan bayi.

Ejaan Nama Pun Kena Makna Baik

3.    Ejaan yang betul
Nama yang sedap didengar dan mempunyai maksud yang baik seharusnya dieja dengan betul dan tepat seperti yang tertera di dalam buku. Jika ragu-ragu, anda boleh bertanya kepada mereka yang pakar seperti ustaz atau pun ustazah. Langkah ini penting kerana jika tersalah eja, dikhuatiri akan membawa maksud yang lain. Hindarkan daripada memilih nama-nama yang sukar disebut sehingga susah untuk dieja.
 
4.    Nama yang panjang
Kini, ramai ibu bapa suka memberikan nama anak mereka lebih daripada dua nama. Contohnya seperti Nur Dhalila Qistina Batrisya Ahmad Danial. Bukankah ia menyukarkan. Fikirkanlah, betapa susahnya anda sendiri, anak atau pun orang lain hendak menyebut, mengingat dan menulis nama dalam borang yang menyediakan ruang yang terhad.
 
5.    Senarai nama
Sebagai satu langkah bijak, sediakan senarai nama pilihan bersama maksudnya sekali. Anda boleh meminta pendapat ahli keluarga terdekat berkenaan pemilihan nama tersebut.

Bacalah juga: Tips Pam Susu Ibu Di Ofis Dengan Pantas & Banyak
Pilih nama anak

1 comment / Add your comment below

  1. memang betul orang sekarang pilih nama panjang2, tapi panggilnya pendek je….he2 termasuklah saya….Nur Aisyah Afia…tp pggl ecah..he2..jemput jenguk ke blog saya, tentang hobi saya suka mengait, disamping itu saya ada menawarkan perkhidmatan kereta sewa, menjual prodyuk sempena raya, kuih raya, sambal kentang dan pes nasi arab..berminat nak masak sendiri nasi arab di rumah singgah di blog saya http://dalilayusof.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *